Thursday, March 31, 2011

Murphy law

Sesuatu yang bakal berlaku akan tetap berlaku seperti yang kita ketahui iaitu ketetapan Allah. Itu dinamakan takdir illahi, ,'full stop' bagi semua kita yang mengetahui kebesaran Allah. Kekekadang kita manusia yang mempunyai sifat yang sentiasa lemah, akan lupa akan fakta ini sebabnya kita sombong , riak dan angkuh ......selalunya. Pengalaman dalam hidup ini lah yang mengajar kita supaya buka mata hati akan persekitaran kita agar kita tidak melakukan kesilapan ini selalu.....

Saya baru-baru ini buat kerja yang agak senang.....jadi lupa doa, sombong lah tu kan namanya. Kerja biasa-biasa aje yang sepatutnya normal dan tidak mengundang sebarang masalah yang besar. Masyaallah rupa2 nya banyak yang timbul....itu lah kita manusia sentiasa lemah dan pelupa. Kita hanya mampu merancang hanya Allah mempunyai kuasa mutlak membenarkan nya. Apa lagi merayu-rayu saya kepadanya.....agar masalah ini dapat diatasi , alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun tidak 100 peratus tetapi Allah makbulkan supaya saya ada ketenangan jiwa untuk menghadapi masalah tersebut...setidak-tidaknya.

Kepada anak-anak saya dengarlah pesanan abah sentiasa berdoa tanpa henti....itulah senjata kita untuk meminta kepada yang esa supaya memudahkan urusan harian kita. Jangan lah sombong, riak , angkuh kepada yang Maha Esa. Abah dan mummy sentiasa doakan kebahagia anda semua dunia akhirat....amin

No comments:

Post a Comment