Friday, November 5, 2010

Garfield

Selepas Kitty singgah dalam hidup kami sekeluarga pada masa yang agak singkat begitu juga dengan Garfield. Seekor kucing parsi jantan berwarna keemasan yang dah agak berumur sedikit. Kucing ini adalah kepunyaan adik saya Jijan yang kebetulan ketika itu di tukarkan tempat kerja, jadi dia minta kami sekeluarga tolong menjagakan kucing nya itu.

Garfield ini  pada mulanya agak mudah jaga dia kerana dia berada dalam kurungan rumah dia sahaja. Cuma seperti biasa kami sekeluarga agak sedih tengok seekor kucing asyik terkurung sahaja maka dia dibebaskan lah.Garfield ini apabila dapat kebebasan nya tak ingat lain dah nak keluar aje......dan merayau2 kemerata tempat yang membuatkan kami sekeluarga risau kerana seekor kucing yang berharga mudah dihijack oleh orang.Kerana kebebasan ni lah mungkin menyebabkan Garfield ini menjadi agak liar.

Saya agak terkejut pada satu petang selepas balik dari kerja apabila saya mengusapnya seperti biasa tiba-tiba dia mengganas dengan mengiggit dan mencakar tangan saya......wow sakit nya tak boleh diluahkan dengan kata2. Mungkin dia marah sebab ada masa-masa saya kurung dia kot.

Garfield suka menghilangkan dirinya beberapa kali dan ini amat mencemaskan kami sekeluarga kerana dia merupakan tanggungjawab kami untuk menjaga .Selepas pertimbangan yang agak lama kami sekeluarga pun terpaksa memberitau adik saya yang kami tak mampu lagi untuk menjaganya. Mungkin kami sempat menjaga dia selama 6 bulan lebih atau kurang tak berapa ingat.

Tanggungjawab seterusnya diambil oleh anak buah saya , anak abang saya yang sulung Dr Kak Long. Syukur kerana Garfield dibela dengan penuh kaseh sayang oleh beliau. Ini kami tahu kerana selalu bertemu. Garfield hidup dengan bahagia hingga keakhir hayatnya   .....

Saturday, October 30, 2010

Hayat yang singkat

Saya berpeluang untuk membuka sebuah syarikat kilang cetak di Taman Berlian Gombak. Saya buka kilang ni pun sebab  percayakan akan rakankongsi saya yang lebih berpengalaman,dia telah menyakinkan saya untuk menceburi bidang ini.Kami  buka syarikat ini bersama dengan perjanjian mulut sahaja yangmana saya dapati dikemudian hari adalah tidak pratikal dan menimbulkan banyak masalah mungkin dilain masa akan saya ceritakan bab ini....sebab saya nak  ceritakan tentang kitty seekor lagi kucing peliharaan kami sekeluarga.

Nak dijadikan cerita ada orang tinggalkan  seekor anak kucing dikilang saya. Secara kebetulan anak-anak saya pada ketika itu datang melawat kilang saya apa lagi mereka ingin membela kucing tersebut saya agak keberatan tapi terpaksa mengalah juga sebab isteri saya pun rasa belas terhadap kucing tersebut. Profil kucing ni saya tak dapat nyatakan secara tepat kerana tak berapa ingat yang saya ingat kucing nya kecil sangat ,warnanya hitam kuning dan putih dan ia seekor kucing jantan.

Kucing tersebut dinamakan Kitty, rasanya Kaiyisah Hanis anak saya yang ketiga menamakan kucing tu. Isteri saya lah yang menjaga kitty, manakala saya sibuk dengan perniagaan saya. Kami hanya dapat menjaga kitty beberapa minggu aje kot sebab pada satu hari.......hujan turun dengan agak lebat dan kawasan rumah saya dinaiki air. 'Kitty being an animal' mana nak duduk rumahkan jadi dalam dia rayau-rayau tu terperangkap dan mati lemas.  Ini pun di sedari oleh isteri saya kerana menjumpai bangkai kitty yang tersangkut dicelah-celah pokok berdekatan rumah kami.

Apa lagi seperti hujan yang  menbanjiri rumah kami isteri saya  dan anak perempuan saya pada ketika itu pun berderai lah.....mengenangkan kitty yang hayatnya amat lah singkat hidupnya bersama kami.Saya masih ingat lagi isteri saya berpesan jangan lah bela kucing lagi sebab kehilangan mereka dalam hidup kami.....amat menyedihkan. ternyata kami merancang tapi Allah jua yang menentukan ketentuan.....nya   kerana.....kami temui Merah semula......

Friday, October 29, 2010

sambungan kepada cerita merah(kucing kesayangan kami)

Sebagai seorang kakitangan kerajaan dalam tentera saya boleh ditugaskan kemana-mana saja .....posting ke pasukan baru. Tapi kali ini lain saya telah bermohon untuk menamatkan perkhidmatan saya lebih awal hanya  18 tahun sahaja berkhidmatan sayang kan sikit aje lagi untuk pencen ...apa boleh buat saya dah buat keputusan ketika itu . Mungkin dilain masa saya akan ceritakan sebab sebab saya berhenti pada usia yang muda . Pada umur 36 tahun ketika itu saya dah ada pangkat bersara....aduh sedihnya.
Setelah semua dokumen selesai saya lakukan, saya pun balik kampung lah. Nama sahaja kampung tapi di Kuala Lumpur ke rumah Ibu tersayang di Jalan Gurney 'stop over sekejap' sebelum ke rumah sewa di Setapak. Dalam perpindahaan ini kami bawa lah Merah sekali,kerana semua anak-anak  merayu ianya dibawa sekali kerana merah dah jadi sebahagian dari keluarga.
Saya mulai hidup baru saya dengan berniaga sendirilah. Jadi hidup saya pun sibuk lah tak tentu pasal kerana mencari rezeki , tau tau aje dah tak ada gaji kena lah usaha lebih. Jadi saya kurang lah kisahkan kucing saya si Merah tu termasuk lah isteri saya, mungkin anak-anak saya.... lain mereka masih memberikan tumpuan kepadanya waallahualam.
Saya hanya sedar yang kucing saya dah macam tak terurus aje dan berpenyakit kurap yang teruk. Tahu-tahu ajelah kucing jantan yang mancho bukan boleh dihalang  dia mengganas saja. Merah pun suka selongkar tong sampah besar  jadi sebab tu lah dia terdedah kepada penyakit kulit yang teruk. Mungkin disebabkan penyakit ini lah dia mati ...bangkai dia pun kami sekeluarga tak jumpa.
Kami sekeluarga terasa amat sedih atas kehilangan mu merah.....apa lagi kami sekeluarga menangis teresak-esak sebab seekor kucing yang bernama Merah . Sedihnya kami......jadi kami macam berjanji tak akan bela kucing lagi yang ternyata meleset ........semua kerana helah anak-anak kami.....

Kucing kesayangan kami merah

Satu masa dahulu dalam tahun 1993 kalau tak silap lah saya telah di tukarkan ke Kem Tentera di Termerloh , Pahang. Disana kami sekeluarga telah terjumpa seekor kucing yang amat istimewa buat kami sekeluarga iaitu Merah. Profil nya ialah ia seekor kucing jantan, berwarna putih dengan tompok kuning, manja dan amat baik terhadap kami sekeluarga.Semasa di Termerloh merah pernah digigit anjing begitu teruk sekali, apa lagi menangis lah anak2 saya terutama anak perempuan ke3 saya Kaiyisah Hanis. Kami jangkakan habis lah hayat dia. Itu lah kalau belum sampai ajal belum lah sampai mungkin kerana belai kasih kami sekeluarga panjang lah umur nya sedikit lagi. Selepas kejadian tersebut kami dapati Merah lagi amat menyayangi kami bayangkan lah anak saya Kaiyisah yang berumur 3 tahun ketika itu buat Merah sebagai bantal, Merah buat tak kisah pun.Merah juga membalas budi kepada kami sekeluarga dengan membunuh ular tedung yang masuk kerumah kami.....