Monday, March 7, 2011

Mula-mula terjebak hisap rokok

So kena ragging kat Sekolah Menengah Tenik, antaranya dipaksa membeli rokok untuk senior. Orang akan kata kenapa tak repot kat cikgu kena begitu. Macamana nak repot , takut lah kami tengok cikgu pun kena masuk dalam kolam depan sekolah dicampak oleh anak murid ketika April fool day dan 'main gate' sekolah kami kena buang pada hari yang sama mau tak takut kat senior. Depa boleh buat apa aje dan cikgu macam takut pula kat mereka apa ni.

Apa boleh buat anak jantan lah katakan kenalah harungi dugaan sendiri tak lah beritahu emak abah. So apabila cuti sekolah baliklah saya kerumah emak diJalan Gurney. Kebetulan ketika itu abang saudara dari Tangkak tumpang rumah emak dan dia seorang penghisap rokok. Saya pun terfikir kenapalah orang hisap rokok buang masa betul.......saya lagi dah lah tak hisap rokok kena beli untuk orang pulak lagi lah hangit dibuatnya.

Kebetulan abang saudara saya tinggalkan sebatang rokok atas meja, saya pun ambil rokok tersebut dan menghisapnya kerana geramkan kenapa lah mereka ini menghisap rokok dan ingin tahu sebabnya mengapa mereka boleh terjebak untuk menghisap rokok. Apa lagi terus weeng tertumbang dan terus tertidur. Itu lah kesilapan saya yang menyebabkan saya terus merokok selama 26 tahun. Nak berhenti teramat lah seksa hisap nya sekali terus melekat.

No comments:

Post a Comment