Friday, November 5, 2010

Garfield

Selepas Kitty singgah dalam hidup kami sekeluarga pada masa yang agak singkat begitu juga dengan Garfield. Seekor kucing parsi jantan berwarna keemasan yang dah agak berumur sedikit. Kucing ini adalah kepunyaan adik saya Jijan yang kebetulan ketika itu di tukarkan tempat kerja, jadi dia minta kami sekeluarga tolong menjagakan kucing nya itu.

Garfield ini  pada mulanya agak mudah jaga dia kerana dia berada dalam kurungan rumah dia sahaja. Cuma seperti biasa kami sekeluarga agak sedih tengok seekor kucing asyik terkurung sahaja maka dia dibebaskan lah.Garfield ini apabila dapat kebebasan nya tak ingat lain dah nak keluar aje......dan merayau2 kemerata tempat yang membuatkan kami sekeluarga risau kerana seekor kucing yang berharga mudah dihijack oleh orang.Kerana kebebasan ni lah mungkin menyebabkan Garfield ini menjadi agak liar.

Saya agak terkejut pada satu petang selepas balik dari kerja apabila saya mengusapnya seperti biasa tiba-tiba dia mengganas dengan mengiggit dan mencakar tangan saya......wow sakit nya tak boleh diluahkan dengan kata2. Mungkin dia marah sebab ada masa-masa saya kurung dia kot.

Garfield suka menghilangkan dirinya beberapa kali dan ini amat mencemaskan kami sekeluarga kerana dia merupakan tanggungjawab kami untuk menjaga .Selepas pertimbangan yang agak lama kami sekeluarga pun terpaksa memberitau adik saya yang kami tak mampu lagi untuk menjaganya. Mungkin kami sempat menjaga dia selama 6 bulan lebih atau kurang tak berapa ingat.

Tanggungjawab seterusnya diambil oleh anak buah saya , anak abang saya yang sulung Dr Kak Long. Syukur kerana Garfield dibela dengan penuh kaseh sayang oleh beliau. Ini kami tahu kerana selalu bertemu. Garfield hidup dengan bahagia hingga keakhir hayatnya   .....