Friday, March 4, 2011

Kali pertama masuk asrama

Selepas dapat result SRP (PMR) pada tahun 1975 mungkin ayah saya dah buat perancangan agar saya memasuki asrama pada tahun berikutnya. Memang benar saya telah berjaya ditempatkan ke Sekolah Menengah Teknik ,Cheras , Kuala Lumpur pada tahun 1976. Apalagi emak sayalah yang membuatkan segala persiapan saya untuk keasrama dari segi pakaiannya ,alatan basuhan , dan alatan persendirian .

Pada hari melaporkan diri keasrama ibu dan abah saya lah menghantar saya kesekolah tersebut. Maka bermula lah satu episod dalam hidup saya yangmana telah banyak mengubah dan membentuk diri saya dalam kehidupan ini. Sang senior telah bersedia menerima kami penuntut2 freshie ini. Mereka memang hipokrit pandai berlakon depan ibu bapa senyum manis, pijak semut tak mati , siap tolong angkatkan beg kami naik ke asrama rupanya tak ikhlas. Manakan kami tahu, ibubapa kami juga terpedaya. Selepas ibubapa balik siap kami dikerjakan mula-mula beg kami ditendang kebawah blok asrama bertaburanlah baju-baju dan segala barangan kami habis semuanya kotor.

Penderaan fizikal dan mental dilakukan terhadap kami setiap hari selama 2 minggu terseksa lah kami semua freshie dikerjakan mereka. Pada hari terakhir orentasi kami grand finale nya kami akan disamak kata mereka dengan 'royale bath ' rupa -rupa nya kami dimandikan dengan najis manusia.

Setelah berpuluh tahun perkara ini berlalu saya kira kegiatan ini masih berlaku dikala ini diSekolah2 , Kolej dan Uni. Semua nya berlaku disebabkan guru2, pensyarah dan orang2 dewasa yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka.Mana mungkin satu kegiatan yang terlampau begini boleh berlaku dalam kompaun institutsi pelajaran.Segelintir mereka ini kerja acuh tak acuh aje dan menutup sebelah mata apabila anak murid mereka menjalankan aktiviti yang tak senonoh.

Semoga Allah yang akan membalas nya nanti. Selepas habis orentasi bermula saya mempelajari perkara-perkara yang negatif di tempat ini. Semua ini adalah kesalahan saya sendiri nantikan lah sambungan cerita hidup saya......

No comments:

Post a Comment