Saturday, March 5, 2011

Ibu ku

Emak dah agak lama pemergian mu dari hidup kami sekeluarga.....rasanya pedih dihati ini atas kehilangan mu dari..... pandangan , pegangan, nasehat dan ciuman mu yang tiada tandingnya didunia ini.....saya rindu, rindu teramat sangat. Dulu masa emak ada, kurang saya berikan perhatian, kurang saya berikan kasih sayang ,kurang saya menanyakan khabar, kurang saya prihatin dan semua nya kurang kenapa....kenapa ya.

Di akhir hayat emak,keluarga saya lah yang diberi penghormatan untuk menjaga emak, dapatlah saya menghantar dia kehospital dan dapat juga saya tengok penderitaan kesakitan nya akibat dari barah dan kemurungan akibat kesihatan yang tidak menentu disebabkan berbagai penyakit lain yang beliau hadapi. Emak tetap sabar tak pernah saya tengok beliau mengeluh atau mengadu kesakitan tapi saya masih tidak menunjukan kasih sayang saya pada dia mengapa? Mengapa ya.. saya memang teramat sayang kepadanya tapi tidak dapat saya zahirkan dalam pelukan, belaian atau ciuman supaya dapat tenteramkan beliau.Menyesalnya saya .....masa dah berlalu......

Saya pada ketika itu berada dalam kesibukan dunia hingga saya mengabaikan emak ampun lah saya emak. Peristiwa yang mungkin tidak akan saya lupakan sebelum emak meninggalkan saya ialah projek pagar rumahnya. Saya telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini ...tugasan terakhir saya untuk nya. Dalam melaksanakan tugas tersebut terdapat sedikit salah faham hingga saya telah meninggikan suara saya terhadapnya.........cabaran yang besar untuk saya ketika itu.Ampuni lah saya ya Allah atas keterlanjuran ini,ampunlah saya ibu.

Selang beberapa hari kemudian emak saya telah di bawa oleh abang untuk tinggal bersamanya beberapa hari dirumah beliau di PJ. Tak lama lepas itu emak  dimasukkan keHosiptal Universiti PJ sebab keadaan nya tenat.Sempatlah saya sekeluarga menjenguknya. Entah satu hari tu sebelum pemergian beliau, tinggal saya dan dia berseorangan sahaja apa lagi saya menangis teresak-esak meminta keampunannya atas segala ketelanjuran bahasa, tingkahlaku , makan dan minum selama ini. Dalam benak hati saya pada ketika itu , ini kali terakhir saya dapat bercakap dengannya .......yang ternyata benar beberapa jam kemudian beliau tidak sedarkan diri dan telah meninggalkan kami semua .....alfatihah semoga Allah ampuni segala dosa beliau dan tempatkan beliau diantara kekasih-kekasihnya amin.

Pada anak-anak saya yang ada mummy ingatlah sentiasa dampingi beliau berikan lah kata-kata mu yang baik, tingkah laku yang sopan dan berbakti lah nak kepadanya.

No comments:

Post a Comment