Thursday, March 31, 2011

Murphy law

Sesuatu yang bakal berlaku akan tetap berlaku seperti yang kita ketahui iaitu ketetapan Allah. Itu dinamakan takdir illahi, ,'full stop' bagi semua kita yang mengetahui kebesaran Allah. Kekekadang kita manusia yang mempunyai sifat yang sentiasa lemah, akan lupa akan fakta ini sebabnya kita sombong , riak dan angkuh ......selalunya. Pengalaman dalam hidup ini lah yang mengajar kita supaya buka mata hati akan persekitaran kita agar kita tidak melakukan kesilapan ini selalu.....

Saya baru-baru ini buat kerja yang agak senang.....jadi lupa doa, sombong lah tu kan namanya. Kerja biasa-biasa aje yang sepatutnya normal dan tidak mengundang sebarang masalah yang besar. Masyaallah rupa2 nya banyak yang timbul....itu lah kita manusia sentiasa lemah dan pelupa. Kita hanya mampu merancang hanya Allah mempunyai kuasa mutlak membenarkan nya. Apa lagi merayu-rayu saya kepadanya.....agar masalah ini dapat diatasi , alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun tidak 100 peratus tetapi Allah makbulkan supaya saya ada ketenangan jiwa untuk menghadapi masalah tersebut...setidak-tidaknya.

Kepada anak-anak saya dengarlah pesanan abah sentiasa berdoa tanpa henti....itulah senjata kita untuk meminta kepada yang esa supaya memudahkan urusan harian kita. Jangan lah sombong, riak , angkuh kepada yang Maha Esa. Abah dan mummy sentiasa doakan kebahagia anda semua dunia akhirat....amin

Wednesday, March 16, 2011

Harga diri

Pada pandangan peribadi sayalah manusia yang waras sentiasa mempunyai harga diri. Ini dapat dibuktikan disekeliling kita seumpana melalui media seperti TV, internet dan suratkhabar. Macamana jahat perbuatannya atau pun tidak, apabila mukanya hendak ditunjukkan ke media tersebut semestinya mereka ini amat malu. Tengok aje lah pelacur, pencuri, pembunuh, penyeleweng, perasuah, dirasuah dan bermacam-macam lagi. Ada yang sampai sekarang kita tidak dapat bayangkan rupa mereka seperti pembunuh Altantuya entah dia masuk penjara atau pun tidak. Yang jadi mangsa lagi kita tak akan dapat mengenal mereka alhamdulillah atas kepentingan diri mereka.

Tetapi yang menghairankan  ada pada masa kini yang menjadi mangsa tidak ada harga diri langsung. Kalau tengok gambarnya bila mula-mula yang terpampang dimuka depan didada akhbar bukan macam seorang mangsa sebaliknya seperti seorang wira yang tampan gagah dan berani tiada sifat seorang mangsa ,ini kah yang dikatakan kebenaran ....saya rasa tidak mungkin. Sebaliknya dialah yang menjadikan seseorang itu menjadi mangsanya.

Monday, March 7, 2011

Mula-mula terjebak hisap rokok

So kena ragging kat Sekolah Menengah Tenik, antaranya dipaksa membeli rokok untuk senior. Orang akan kata kenapa tak repot kat cikgu kena begitu. Macamana nak repot , takut lah kami tengok cikgu pun kena masuk dalam kolam depan sekolah dicampak oleh anak murid ketika April fool day dan 'main gate' sekolah kami kena buang pada hari yang sama mau tak takut kat senior. Depa boleh buat apa aje dan cikgu macam takut pula kat mereka apa ni.

Apa boleh buat anak jantan lah katakan kenalah harungi dugaan sendiri tak lah beritahu emak abah. So apabila cuti sekolah baliklah saya kerumah emak diJalan Gurney. Kebetulan ketika itu abang saudara dari Tangkak tumpang rumah emak dan dia seorang penghisap rokok. Saya pun terfikir kenapalah orang hisap rokok buang masa betul.......saya lagi dah lah tak hisap rokok kena beli untuk orang pulak lagi lah hangit dibuatnya.

Kebetulan abang saudara saya tinggalkan sebatang rokok atas meja, saya pun ambil rokok tersebut dan menghisapnya kerana geramkan kenapa lah mereka ini menghisap rokok dan ingin tahu sebabnya mengapa mereka boleh terjebak untuk menghisap rokok. Apa lagi terus weeng tertumbang dan terus tertidur. Itu lah kesilapan saya yang menyebabkan saya terus merokok selama 26 tahun. Nak berhenti teramat lah seksa hisap nya sekali terus melekat.

Saturday, March 5, 2011

Ibu ku

Emak dah agak lama pemergian mu dari hidup kami sekeluarga.....rasanya pedih dihati ini atas kehilangan mu dari..... pandangan , pegangan, nasehat dan ciuman mu yang tiada tandingnya didunia ini.....saya rindu, rindu teramat sangat. Dulu masa emak ada, kurang saya berikan perhatian, kurang saya berikan kasih sayang ,kurang saya menanyakan khabar, kurang saya prihatin dan semua nya kurang kenapa....kenapa ya.

Di akhir hayat emak,keluarga saya lah yang diberi penghormatan untuk menjaga emak, dapatlah saya menghantar dia kehospital dan dapat juga saya tengok penderitaan kesakitan nya akibat dari barah dan kemurungan akibat kesihatan yang tidak menentu disebabkan berbagai penyakit lain yang beliau hadapi. Emak tetap sabar tak pernah saya tengok beliau mengeluh atau mengadu kesakitan tapi saya masih tidak menunjukan kasih sayang saya pada dia mengapa? Mengapa ya.. saya memang teramat sayang kepadanya tapi tidak dapat saya zahirkan dalam pelukan, belaian atau ciuman supaya dapat tenteramkan beliau.Menyesalnya saya .....masa dah berlalu......

Saya pada ketika itu berada dalam kesibukan dunia hingga saya mengabaikan emak ampun lah saya emak. Peristiwa yang mungkin tidak akan saya lupakan sebelum emak meninggalkan saya ialah projek pagar rumahnya. Saya telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini ...tugasan terakhir saya untuk nya. Dalam melaksanakan tugas tersebut terdapat sedikit salah faham hingga saya telah meninggikan suara saya terhadapnya.........cabaran yang besar untuk saya ketika itu.Ampuni lah saya ya Allah atas keterlanjuran ini,ampunlah saya ibu.

Selang beberapa hari kemudian emak saya telah di bawa oleh abang untuk tinggal bersamanya beberapa hari dirumah beliau di PJ. Tak lama lepas itu emak  dimasukkan keHosiptal Universiti PJ sebab keadaan nya tenat.Sempatlah saya sekeluarga menjenguknya. Entah satu hari tu sebelum pemergian beliau, tinggal saya dan dia berseorangan sahaja apa lagi saya menangis teresak-esak meminta keampunannya atas segala ketelanjuran bahasa, tingkahlaku , makan dan minum selama ini. Dalam benak hati saya pada ketika itu , ini kali terakhir saya dapat bercakap dengannya .......yang ternyata benar beberapa jam kemudian beliau tidak sedarkan diri dan telah meninggalkan kami semua .....alfatihah semoga Allah ampuni segala dosa beliau dan tempatkan beliau diantara kekasih-kekasihnya amin.

Pada anak-anak saya yang ada mummy ingatlah sentiasa dampingi beliau berikan lah kata-kata mu yang baik, tingkah laku yang sopan dan berbakti lah nak kepadanya.

Friday, March 4, 2011

Kali pertama masuk asrama

Selepas dapat result SRP (PMR) pada tahun 1975 mungkin ayah saya dah buat perancangan agar saya memasuki asrama pada tahun berikutnya. Memang benar saya telah berjaya ditempatkan ke Sekolah Menengah Teknik ,Cheras , Kuala Lumpur pada tahun 1976. Apalagi emak sayalah yang membuatkan segala persiapan saya untuk keasrama dari segi pakaiannya ,alatan basuhan , dan alatan persendirian .

Pada hari melaporkan diri keasrama ibu dan abah saya lah menghantar saya kesekolah tersebut. Maka bermula lah satu episod dalam hidup saya yangmana telah banyak mengubah dan membentuk diri saya dalam kehidupan ini. Sang senior telah bersedia menerima kami penuntut2 freshie ini. Mereka memang hipokrit pandai berlakon depan ibu bapa senyum manis, pijak semut tak mati , siap tolong angkatkan beg kami naik ke asrama rupanya tak ikhlas. Manakan kami tahu, ibubapa kami juga terpedaya. Selepas ibubapa balik siap kami dikerjakan mula-mula beg kami ditendang kebawah blok asrama bertaburanlah baju-baju dan segala barangan kami habis semuanya kotor.

Penderaan fizikal dan mental dilakukan terhadap kami setiap hari selama 2 minggu terseksa lah kami semua freshie dikerjakan mereka. Pada hari terakhir orentasi kami grand finale nya kami akan disamak kata mereka dengan 'royale bath ' rupa -rupa nya kami dimandikan dengan najis manusia.

Setelah berpuluh tahun perkara ini berlalu saya kira kegiatan ini masih berlaku dikala ini diSekolah2 , Kolej dan Uni. Semua nya berlaku disebabkan guru2, pensyarah dan orang2 dewasa yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka.Mana mungkin satu kegiatan yang terlampau begini boleh berlaku dalam kompaun institutsi pelajaran.Segelintir mereka ini kerja acuh tak acuh aje dan menutup sebelah mata apabila anak murid mereka menjalankan aktiviti yang tak senonoh.

Semoga Allah yang akan membalas nya nanti. Selepas habis orentasi bermula saya mempelajari perkara-perkara yang negatif di tempat ini. Semua ini adalah kesalahan saya sendiri nantikan lah sambungan cerita hidup saya......

Tuesday, March 1, 2011

masa berlalu

Demi masa....waktu,jam ,hari,minggu, tahun semuanya melambang waktu yang berlalu pantas. Ada orang kata kalau kita dalam kesusahan masa begitu lambat sekali dan kalau masa riang gembira begitu cepat ia berlalu. Saya yang telah melalui pengalaman hidup selama 50 tahun lebih, rasanya amat pantas sekali masa berlalu...yang membenakkan berbagai-bagai perasaan dalam hidup ini.
Saya panjatkan kesyukuran kepada illahi yang memberikan saya peluang untuk melayari hidup ini dengan penuh cubaan ,dugaan dan pengalaman yang tiada tolok bandingannya. Saya kira banyak perasaan yang saya lalui dari negatif hingga lah ke positif to name a few sedih, gembira, keciwa ,riang, marah, dengki, bangga, sombong, sayu, putus asa, patrotik dan banyak lagi semua ini tidak mungkin saya lalui kalau umur saya pendek.
Dari janin kepada kanak-kanak kepada remaja kepada dewasa kepada kematangan itu yang saya harapkan juga kepada anak-anak saya. Lalui lah hidup ini anak-anak ku dengan penuh kebijaksana, keceriaan , kekecewaan, kegembiraan alami lah ia semuanya supaya anda dapat memanjatkan kesyukuran mu kepada  Allah dan sedar berapa kerdilnya kita ni yang sentiasa memerlukan pertolongan nya. Maka doalah anak-anak ku untuk kesejahteraan kita semua ......amin.

Wednesday, February 16, 2011

Anak kami dah nak pergi oversea

Maseh teringat lagi tahun 2003 bila 2 anak kami akan meninggalkan kami untuk ke asrama. Hadri ke MRSM Jasin dan Hanis ke Asrama Sek Men Sungai Pusu, Gombak. Hati saya gundah gulana di buatnya .....apa tidaknya tiba-tiba 2 orang anak saya akan hilang dari pandangan dan kawalan saya. Bukan lah nakkan  mereka sentiasa berada dekat dengan kami tetapi kaseh kami pada mereka yang membuatkan kami sedih ,kerisauan dan tidak ketentuan....2011
Alhamdullilah semangat anak-anak kami kuat dan cekal, mereka harungi semua halangan dan rintangan hingga ......lah ketahap sekarang. Seorang melanjutkan pelajaran keperingkat Master dan seorang lagi ke oversea 4 degree. Tiada penyesalan pada kami berdua semasa mereka berjihad kejalan Allah ,kami mendoakan kesemua anak kami mencapai kebahagian dunia dan akhirat hendaknya...Amin.